Tugu Cenotaph
Tugu Cenotaph

Tugu Cenotaph

Tugu Cenotaph atau juga dikenali sebagai Memorial Perang Pulau Pinang, adalah peringatan perang yang dibina pada tahun 1948 dan terletak di Esplanade (Padang Kota Lama), George Town, Pulau Pinang. Ia terletak di tepi laut di persimpangan Jalan Tun Syed Sheh Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama. Dibina pada batu, ia adalah replika yang hampir sama seperti Cenotaph di Whitehall di London, UK.[1][2][3] Tugu ini didirikan untuk memperingati tentera yang mengorbankan diri mereka dalam Pertempuran Pulau Pinang semasa Perang Dunia I.